Memiliki ruang tamu yang kecil sememangnya membingungkan kepala dan persoalan yang selalu timbul ialah, bagaimana hendak menghias ruang tamu yang kecil kelihatan besar dan nampak menarik?
Perkara asas dan pertama perlu diingat ialah, warna dinding yang suram akan menjadikan ruang tamu kelihatan lebih kecil. Jadi, gunakanlah warna-warna yang terang dan cerah.
Selain itu, anda boleh menjadikan ruang tamu anda nampak elegan dengan menggunakan hiasan tanaman hijau yang bersaiz sederhana, perabot moden berwarna cerah dan sedikit gambar-gambar gantung di bahagian dinding.
Ingat, ruang tamu yang kecil sebenarnya ruang yang paling digemari oleh kebanyakan orang kerana ia mewujudkan rasa selesa dan selamat.
Jom, tengok gambar-gambar koleksi ruang tamu contoh di bawah dan ambil sedikit idea dari gambar tersebut dan pratikkan di ruang tamu anda pula.
No comments