Setiap wanita ingin memiliki tubuh badan yang langsing. Namun begitu melalui proses kelahiran menyukarkan sesetengah wanita untuk mengekalkan kelangsingan tubuh mereka. Seperti yang dialami wanita ini yang menjadi sedikit gemuk selepas melahirkan anak. Wanita ini sudah lama diabaikan oleh suaminya dan juga diejek sebagai setan oleh anaknya sendiri. Oleh yang demikian wanita berumur 40 tahun ini bermotivasi untuk kembali langsing.
Puan Zhao kembali mendapatkan rasa percaya diri setelah dirinya langsing. Sama seperti wanita pada umumnya, Zhao mengalami perubahan bentuk badan selepas melahirkan. Kesibukan mengurus anak membuatnya tidak memperhatikan tubuhnya sendiri, sehingga makin lama, dia semakin gemuk dan saiz bajunya semakin sempit.
"Setelah mandi dan memakai baju, saya merasa tubuh ini seperti sedang membungkus ladu," ujar Zhao yang sering tidak selesa kerana baju-baju yang ketat apabila dipakai.
Keadaan kulit Zhao juga mengalami penurunan akibat kegemukan. Muncul tompok coklat dan pigmentasi. Akibat keadaan fizikal yang buruk tersebut, suaminya mengabaikannya dan tidak mengajak berbual lebih dari 10 kata setiap hari. Walaupun keadaan ini sering mencetuskan pertengkaran antara Zhao dan suaminya. Yang lebih menyedihkan, anaknya memanggilnya dengan sebutan setan kerana berpenampilan buruk dan tidak cantik sama sekali.
Dua keadaan menyedihkan itu membuat Zhao bermotivasi untuk mengubah bentuk tubuhnya. Dia terus mengubah gaya hidup dan cuba pelbagai cara semula jadi untuk mengembalikan bentuk tubuhnya. Zhao mengambil makanan sihat dan tidur teratur setiap hari, tidak ada kata begadang atau bangun kesiangan.
Dengan perubahan gaya hidup, Zhao kembali mendapatkan tubuh langsing dan keadaan kulit yang lebih muda. Dalam foto-foto terbarunya, Zhao kelihatan lebih muda 10 tahun. Suaminya kembali memuji dirinya cantik setiap masa. Bahkan, suaminya tidak ingin ada lelaki lain yang menggoda isterinya, sehingga dia selalu membawa alik Zhao ketika bekerja.
Anak Zhao juga tidak lagi memanggilnya dengan sebutan setan. Berkat tubuh langsing dan penampilan lebih muda, anak Zhao lebih suka memanggil dirinya kakak, bukan ibu.
No comments