Liyana Jasmay pasang niat bertudung (5 gambar)



Liyana Jasmay pasang niat bertudung (5 gambar)

Liyana Jasmay memasang niat untuk bertudung satu hari nanti. Ini diluahkan Liyana berikutan klip video terbarunya mengenai promosi jubah Bella Liyana (tajaan butik Bella Ammara) dimana kelihatan Liyana berjubah serta bertudung.



Ini juga dari dorongan kakanya, Adriana yang kini bertudung hasil keluaran butil Bella Ammara.


"Insya-Allah apabila sampai masa, pastinya saya akan pakai tudung. Kakak saya, Adriana Jasmay menjadi contoh terdekat tampil bertudung memenuhi tuntutan sebagai wanita Islam.

"Kakak saya sendiri pakai tudung dari suka-suka sejak Ramadan dan terus melekat. Kalau boleh saya pun nak jadi macam itu.

"Malah ruang bekerjasama dengan jubah Bella Liyana ini pun membawa kepada kebaikan mengajak wanita berpakaian sopan. Bukan saja untuk wanita bertudung, jubah ini pun boleh digayakan wanita yang tak bertudung kerana rekaannya yakni di bahagian atas baju sangat menarik," -Liyana memetik portal Bharian

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.