?max-results=1&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=2&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=1&start-index=4&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=5&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=1&start-index=7&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=8&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");

Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

» » » Menarik!! Kisah Seorang Remaja Yang Berusaha Untuk Berjaya Sehingga Menjadi Jutawan Termuda Di Thailand..



Menarik!! Kisah Seorang Remaja Yang Berusaha Untuk Berjaya Sehingga Menjadi Jutawan Termuda Di Thailand..

Top Ittipat atau nama sebenarnya Top Aitthipat Kulapongvanich lahir pada tahun 1984 merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand.

Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakaknya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.

Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.

Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.

Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Bahtdan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.

Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.

Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.

Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.

Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.

Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.




Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.

Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.

Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.

Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.

Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.

Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.

Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.

Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.

Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Namun begitu cubaan Top untuk menghasilkan rumpai laut yangtahan lama tidak berjaya dimana rumpai laut goreng yang dihasilkannya hanya bertahan dalam tempoh seminggu. Atas berkat kesabarannya dan sifat ingin berjaya yang berada dalam hatinya, Top berjumpa dengan seorang Professor disebuah Universiti bagi untuk mempelajari bagaimana menghasilkan produk makanan yang tahan lama. Profesor tersebut berjaya membantu Top membuatkan rumpai laut gorengnya agar tidak mudah basi dengan membuat vakum pembungkusan dan menukarnya dengan nitrogen. 

Selepas berjaya menghasilkan rumpai luat goreng yang sedap dan tahan lama, ketika itu Top terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.





Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan 2 tahun kemudian Top berjaya membayar hutang keluarganya dan berjaya mengambil kembali rumah keluarganya.

Semasa Top berusia 26 tahun, dia telah mempunyai 2500 pekerja dan menghantar ke 6000 cawangan 7-Eelven seluruh dunia dan mengeksport makanan ringan rumput lautnya ke 27 negara termasuk Indonesia. Top telah mempunyai tanah ladang rumput laut di Korea Selatan dan pendapatannya mencapai 1.5 Milliar Bath (450 Milliar Rupiah) setahun. Top Ittipat telah berjaya mencatatkan dirinya sebagai a young billionaire from Thailand. Top ittipat membaya kejayaannya dengan berkorban jiwa, raga, masa, kesenangan jadi pemain, termasuk berkorban cinta terhadap kekasihnya. 

Bahkan kisah kejayaan juga diangkat kedalam filem skrin lebar berjudul Top Secret: The Billionaire yang mengisahkan bagaimana Top Ittipat berjuang jatuh bangun membina usahanya.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

About the Author Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 Comments

Menarik!! Kisah Seorang Remaja Yang Berusaha Untuk Berjaya Sehingga Menjadi Jutawan Termuda Di Thailand..
  1. thanks for the stories about this young businessman, I think I could become like him

    ReplyDelete