GREECE - Seorang pekerja tanah perkuburan di Thessaloniki di Greece memberitahu pihak polis bahawa dia mendengar jeritan seorang wanita dari dalam keranda yang dikebumikan mayat wanita itu, lapor Indiatoday.
Lelaki itu berkata dia boleh mendengar teriakan sayu dari keranda seorang wanita berusia 49 tahun yang telah disahkan meninggal dunia dan dikebumikan hari itu.Pekerja dan pengunjung tanah perkuburan yang panik menggali keranda dan membukanya, namun sudah terlalu lewat dan wanita itu telah meninggal dunia.
Polis melawat tanah perkuburan Peraia di Thessaloniki, Greece, bagaimanapun doktor yang memeriksa badannya di tempat kejadian mendakwa dia telah mati selama berjam-jam dan tidak mungkin dia ditanam hidup.
Doktor, Chrissi Matsikoudi memberitahu saluran televisyen Greek MEGA: ‘Kami melakukan beberapa ujian termasuk satu untuk kegagalan jantung berfungsi pada badan.’
Polis mengatakan wanita itu yang, seorang ibu kepada dua orang anak menghidapi kanser, tidak boleh dinamakan sehingga bedah siasat dijalankan.
Saudara-mara wanita itu berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk memfailkan aduan terhadap doktor yang pertama mengesahkannya meninggal dunia, lapor TRP.
No comments