5 Foto Gambar Mengerikan Ratusan Telur Menetas Di Kaki

Lelaki Terkejut Bila Tapak Kaki Jadi Sarang Pepijat Yang Mengerikan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Lelaki Terkejut Bila Tapak Kaki Jadi Sarang Pepijat Yang Mengerikan

Seorang graduan dari Universiti Plymouth, United Kingdom telah diserang dengan seekor pepijat dan beratus-ratus telur keluar daripada kakinya selepas beberapa minggu dia pulang dari Tanzania.

Mangsa yang dikenali Matthew O’ Donnell sedang berehat di atas katilnya apabila tiba-tiba dia berasa kakinya mencucuk-cucuk sebelum pepijat itu yang menetaskan hampir 100 telur kecil berderai keluar melalui bahagian tapak kaki.

Picture
“Saya terkejut melihat telur dan pepijat itu. Tapi kemudian baru saya teringat bahawa salah seorang kawan saya juga mempunyai bengkak yang sama di bahagian kuku jari kakinya.

“Nampaknya serangga itu menggunakan kaki saya sebagai tiket percuma untuk keluar dari Tanzania,” katanya.

Ketika di sana, dia telah diingatkan dengan pepijat tetapi tidak menyangka kakinya menjadi sarang kepada serangga berkenaan.

Picture
Berikutan daripada itu, kaki O’Donnell berlubang namun doktor memaklumkan bahawa kakinya selamat dan tiada lagi pepijat atau telurnya yang bersarang di situ.

“Saya tidak sangka telur pepijat yang keluar dari kaki saya. Saya menggunakan tisu tandas dan membalutnya sebelum mengepamnya dalam lubang tandas,” katanya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.