Bila Bakal Pengantin Dir0g0l 2 Lelaki Berkopiah

Bakal Pengantin Dir0g0l 2 Lelaki Berkopiah

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumahtangga dir0g0l oleh 2 lelaki berkopiah di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 diculik oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang berbual dengan bakal suaminya di taman permainan di Sungai Isap Jaya dengan menaiki kenderaan 4WD berwarna putih. 

Sebelum kejadian, salah seorang suspek keluar dari kenderaan lalu memegang tangan & memaksa mangsa masuk ke dalam kenderaan. Mangsa menjerit meminta bantuan, tunangnya cuba menghalang tetapi gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu.

Mangsa dikatakan cuba menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, namun dirampas oleh suspek dan memutuskan talian.

Bagaimanapun mangsa ditemui oleh orang awam di Jaya Gading dalam keadaan menangis dan tidak terurus kira-kira 7 jam kemudian selepas kejadian.

Hasil siasatan polis menemui kenderaan terbabit dan mendapati kereta itu milik seorang kontraktor yang dilaporkan hilang bulan lalu. - Harian Metro


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.