Hukum memakan janin yang terdapat dalam perut lembu korban

Hukum memakan janin yang terdapat dalam perut lembu korban

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Halalkah memakan janin yang terdapat dalam perut lembu korban?

Ketahuilah bahawa Al-Quran dan Hadis adalah panduan yang lengkap bagi kita umat Islam termasuklah perkara halal, wajib dan makhruh sesuatu perkara.

Sebagai contoh adalah hukum memakan janin yang terdapat di dalam perut haiwan yang dijadikan korban ataupun bukan korban yang mana haiwan tersebut telah disembelih dengan halal.

Pada Hari Raya tahun ini terdapat satu berita yang mana apabila menjumpai janin cukup sifat di dalam perut si ibu yang sudahpun menjadi korban. Maklumlah korban tak semestinya haiwan jantan. Biasa terjadi sebernanya apabila menyembelih haiwan betina contohnya lembu dan terdapat janin di dalam perutnya kerana ia sedang bunting.

Apabila ini berlaku, maka hukum memakan janin haiwan korban tersebut adalah halal sebagaimana dalil daripada hadith Rasulallah SAW yang bermaksud:

Maksudnya: Abu Sa’id al-Khudri Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami telah bertanya Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam tentang janin lalu Baginda bersabda: ‘Makanlah jika kamu mahu kerana penyembelihan ia (janin) melalui penyembelihan ibunya’.”
(Hadith riwayat Imam Ibn Majah).

Bagaimanapun jika janin tersebut masih bernyawa pada ketika itu hendaklah disembelih dahulu barulah halal dimakan. Wallahua’lam.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.