JERMAN – Seorang lelaki yang nekad melakukan pengubahsuaian badan, sanggup menebuk lubang di pipinya, hingga memperlihatkan gigi serta lidahnya.
Meskipun ia disifatkan sebagai mengerikan, namun bagi Joel Miggler, 23, ia merupakan satu uji kaji kepadanya.
Walaupun lubang itu seluas 36 milimeter, dia mahu membesarkan lubang itu kepada 40 milimeter.
Anehnya dia mendakwa lubang seluas itu tidak mengganggunya ketika dia makan atau minum.
“Saya boleh minum dan makan seperti individu lain,’’ katanya yang melakukan pengubahsuaian badan sejak berusia 13 tahun.
Menurut Miggler, apabila BERTEMU orang ramai di jalanan, mereka hanya akan memandangnya dengan pandangan jelik atau pelik, bagaimanapun ia berbeza dalam media sosial.
Jelasnya, dia dikecam hebat dalam media sosial dan disifatkan sebagain individu pelik serta didiskriminasi.
Pengubahsuaian badan dilakukan dengan niat untuk mengubah penampilan seseorang dan ia termasuk melakukan tindik, tatu serta pembedahan plastik.
Ada yang melakukannya atas alasan seni, manakala selebihnya melakukan bagi tujuan kebudayaan atau tradisional.
Pengubahsuaian badan ini juga dilihat sebagai tidak lebih kepada perbuatan melampau yang tidak diperlukan oleh badan.

No comments