Si Marius, Anak Zirafah Berusia 2 Tahun Ditembak Mati Di Zoo Copenhagen
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Semalam adalah hari hilang mood bagi HDmalaya..Apa tidaknya, darah HDmalaya tiba-tiba mendidih apabila melihat kekejaman yang telah 'dihalalkan' di sebuah zoo di luar negara...
Air mata HDmalaya bergenang apabila seekor anak zirafah berusia 2 tahun yang diberi nama Marius telah ditembak mati oleh petugas zoo di Copenhagen, Denmark pada 9 Februari 2014 jam 9.20 pagi ( waktu tempatan ) di atas alasan yang cukup tidak logik iaitu untuk membendung pembiakan zirafah yang tidak terkawal...Selepas membaca sebuah artikel berbahasa Inggeris mengenai khabar sedih ini, HDmalaya menongkat dahi dengan tangan sambil tunduk ke meja...Darah HDmalaya menyirap dengan tiba-tiba...HDmalaya sangat sedih akan nasib yang menimpa Si Marius...Dia baru ingin mengenali dunia ini, tetapi nyawanya diragut dengan begitu kejam sekali...Apatah lagi dia berada di dalam keadaan sihat ketika nyawanya disentap oleh manusia keji...
HDmalaya bertambah marah apabila mendapat tahu bahawa pihak zoo Copenhagen ini telah menolak pelawaan dari seorang billionair untuk membeli Si Marius ini ( dengan niat untuk menyelamatkannya dari dibunuh )...Apakah zoo kini tidak menjadi tempat yang selamat lagi untuk spesis hidupan liar yang semakin diancam kepupusan ini...?? Apakah motif di sebalik pembunuhan kejam ini...??
Dengan tiada rasa bersalah, para petugas Zoo Copenhagen ini pula telah mencincang jasad Si Marius yang tidak bernyawa ini di hadapan orang awam termasuk kanak-kanak dengan alasan bertujuan untuk pendidikan sains...Masya Allah..!!!! THIS TOTALLY UNACCEPTABLE...!!!! Videonya ada di Youtube...HDmalaya malas nak tengok...
Dada HDmalaya turut dicengkam dengan kenyataan dari sebuah artikel blog luar negara yang bertulis:
"The body of the giraffe, which was killed in a bid to prevent in breeding, will be chopped up and fed to carnivores at the zoo..."
Tindakan kejam ini telah mendapat tentangan dan kecaman dari jutaan aktivis haiwan di seluruh dunia...
HDmalaya dengan ini ingin menyatakan pendirian bahawa tindakan yang telah di'halalkan' oleh Pengarah Zoo Copenhagen ini adalah satu tindakan yang kejam, keji dan terkutuk di mana ia Zoo Copenhagen sepatutnya dijadikan tempat perlindungan bagi spesis haiwan seperti Si Marius...Atau setidak-tidaknya mereka boleh menjual Si Marius kepada billionair yang mempelawa untuk membelinya bagi mengelakkan Si Marius dibunuh...Pihak pengurusan Zoo Copenhagen juga wajar menerima tindakan yang selari dengan undang-undang serta akta yang termaktub di dalam perlembagaan di negara mereka...Tindakan terkutuk ini juga perlu dibanteras sekeras-kerasnya...
Nota HDmalaya :
HDmalaya hiba apabila melihat nasib Si Marius ini...Adakah ini dipanggil MERCY KILLING...??? Baik pada haiwan liar atau domestik, perkataan MERCY KILLING tetap HDmalaya bantah habis-habisan...Tiada istilah belas ehsan di dalam setiap pembunuhan yang sengaja...Si Marius adalah di antara ribuan spesis hidupan liar yang menjadi mangsa kebodohan manusia...
Betapa ramai produser-produser filem animasi di luar negara telah berusaha bersungguh-sungguh mencipta pelbagai watak kartun haiwan untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak...HDmalaya amat tersentuh apabila si kembar Along dan Angah secara tidak sengaja ternampak HDmalaya sedang membuka gambar Si Marius yang sudah tidak bernyawa ini...HDmalaya sedih apabila ditanya oleh Along :
"Ni Melman kan Yah...??? Kenapa dia mati...?? Orang tu bunuh ke...?? Kenapa dia bunuh Melman..?? Melman kan baik...??"
Buat pertama kalinya, HDmalaya tidak dapat menjawab soalan dari seorang kanak-kanak kecil...Apakah jawapan yang sesuai untuk HDmalaya berikan kepada mereka...??
Cerita penuh boleh dibaca di blog asal ( Link ) dan di Page Facebook Pertubuhan Aktivis Haiwan ( Link )
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
No comments