SEBARKAN WAJAH PENJENAYAH LARIKAN KERETA KEDUTAAN TURKI YANG DI BURU POLIS



SEBARKAN WAJAH PENJENAYAH LARIKAN KERETA KEDUTAAN TURKI YANG DI BURU POLIS

Seorang lelaki yang dipercayai melarikan kenderaan milik Kedutaan Turki dari sebuah stesen minyak di Wangsa Maju, Rabu lalu, kini diburu polis.

Pihak berkuasa sudah mengenal pasti identiti suspek itu, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan, kata jurucakap polis ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Rabu lalu, seorang pegawai kanan Kedutaan Turki yang memandu kereta itu, berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak.

“Mangsa kemudiannya masuk ke dalam kedai serbaneka di stesen itu untuk membeli minuman.

“Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan jeritan pekerja di kaunter juruwang, yang memberitahu kereta mangsa telah dilarikan,” kata jurucakap polis itu.

Menurutnya, mangsa bertindak keluar dari kedai serbaneka stesen minyak itu dan cuba mengejar, namun gagal, kerana suspek memecut laju kereta jenis Toyota Camry bernombor pendaftaran 51-06-DC.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau mengenali suspek, diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Shahrizal di talian 03-92892222 atau 017-7134705 bagi membantu siasatan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.