Balasan Hina Ibu! Penjara 1 Tahun, Sebat 600 Kali
Riyadh – Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dan 600 sebatan terhadap seorang lelaki kerana menghina ibunya.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas polis peronda menerima panggilan meminta bantuan daripada ibunya yang berusia 50-an.
Wanita itu memberitahu polis anaknya bertindak menghina dan menyerangnya dengan melemparkan sebotol jus menyebabkan dia cedera di leher.
Si anak juga mengugut akan membunuhnya, menurut laporan akhbar tempatan, Al Watan.
Berdasarkan siasatan, polis mendapati defendan pernah menghadapi tuduhan memiliki dadah.
Lelaki itu dilapor mengaku bersalah di mahkamah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Namun, hakim engggan membebaskannya dan menjatuhkan hukuman penjara serta sebat.
Pengguna laman sosial menyuarakan rasa terkejut dengan tindakan lelaki itu dan berkata, dia sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat daripada itu. – Agensi
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
No comments