Tumpat: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan sakit dua jam apabila mata kail berkarat tersangkut di kelopak mata kanannya dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, Tumpat petang semalam.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Raja Aqiel Al-Hafiz Raja Fakurazi terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk pembedahan mengeluarkan mata kail berkenaan.
Selepas dua jam pembedahan mata kail berkenaan berjaya dikeluarkan dan mangsa dilaporkan stabil.
Menceritakan semula kejadian, bapa mangsa Raja Fakurazi Raja Daud, 38, berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anaknya berada di rumah pengasuhnya.
Katanya, anaknya menemui sebatang pancing di dalam semak berdekatan rumah pengasuhnya sebelum menyerahkan kepada seorang rakan perempuannya.
"Kanak-kanak perempuan itu kemudian cuba melontar kail itu ke dalam sawah padi namun tersangkut pada kelopak mata anak saya.
"Kejadian itu disedari oleh pengasuhnya selepas anak saya menangis kerana kesakitan sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya. Mata Budak Terkena Kail Pancing Terpaksa Dibedah
Peristiwa ini patut jadi peringatan kepada pemancing di luar sana supaya lebih hati-hati!
Seorang kanak-kanak lelaki bernasib malang apabila kail pancing tertusuk pada matanya.
Apabila gambar mangsa dikongsikan di laman sosial, insiden ngeri yang menimpa adik Raja Aqiel ini segera mendapat perhatian pengguna laman sosial.
Menurut pihak yang mengenali mangsa, kanak-kanak ini terpaksa dibedah disebabkan kecederaan dialami dan semua pihak diminta mendoakannya menjalani pembedahan dengan selamat.
Tak dapat dipastikan cerita sebenar bagaimana mata kail sampai boleh tertusuk pada mata namun kepedihan dan kesakitan yang dialami dah tentu bukan kepalang.
Semoga kejadian ini tidak beri kesan buruk pada anggota badan adik Aqiel dan dia akan segera sembuh.
No comments