Bila Hidung & Mata Wanita Ini Keluarkan Ulat Sampah
Bila Hidung & Mata Wanita Ini Keluarkan Ulat Sampah
Geli lagi meloyakan!
Itulah gambaran bagi menceritakan kisah seorang pesakit wanita Kanada yang secara tiba-tiba kelopak mata dan hidungnya dipenuhi dengan ulat sampah.
Kisah yang dilaporkan oleh Metro.co.uk ini sebenarnya telah berlaku pada tahun 2007, namun baru menjadi viral di media sosial hingga menjijikkan sesiapa sahaja yang melihatnya di seluruh dunia.
Lebih mengejutkan, wanita tersebut sebenarnya tidak mengalami masalah ulat tersebut pada awalnya ketika ditempatkan ke dalam hospital.
Dia yang menghidap penyakit lain secara tiba-tiba terperanjat apabila kelopak mata dan hidungnya mengeluarkan ulat sampah selepas beberapa hari tinggal dalam hospital di Kanada.
Menurut laporan perubatan wanita tersebut, ulat itu dipercayai berpunca daripada seekor lalat berwarna hijau yang pernah dilihat berkeliaran di unit kawalan rapi.
Menurut laporan perubatan wanita tersebut, ulat itu dipercayai berpunca daripada seekor lalat berwarna hijau yang pernah dilihat berkeliaran di unit kawalan rapi.
Difahamkan, lalat tersebut telah melepaskan telurnya ketika wanita tersebut berada dalam hospital berkenaan.
Bagaimanapun, para doktor berjaya mengeluarkan kesemua ulat tersebut sebanyak 120 ekor daripada hidung dan kelopak matanya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date

No comments