Filem Kontroversi Malaysia Lelaki Harapan Dunia Bakal Ditayangkan di Pawagam Perancis

Filem Kontroversi Malaysia Bakal Ditayangkan di Pawagam Perancis

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Filem kontroversi Lelaki Harapan Dunia akan ditayangkan di pawagam di Perancis dan bertanding di Festival Filem Antarabangsa Fajr ke-33 di Tehran, Iran.

Lelaki Harapan Dunia ('Men Who Save The World'), yang diarahkan oleh Liew Seng Tat telah terpilih untuk program, 'cinema on demand' yang diuruskan oleh I Like Cinema di Perancis. Tayangan pertama dijadualkan pada hari ini.

Ia juga akan bertanding dalam kategori 'East Panorama' pada Festival Filem Antarabangsa Fajr yang ke-33 di Tehran, Iran dalam kategori 'East Panorama' yang akan berlangsung pada 25 April hingga 2 Mei 2015.

Selain itu, filem ini telah menerima sokongan dana antarabangsa dari 7 buah negara dan sebuah penerbitan bersama Malaysia dengan Belanda, Jerman dan Perancis.

Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di pawagam di Malaysia pada November lalu.

Sejak ditayangkan di tayangan perdana dunia sempena Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, ia telah terpilih dan

ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa di seluruh dunia termasuk festival berprestij Toronto, Busan, Rotterdam, Gothenburg, Hong Kong dan banyak lagi.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.