"Tetamu majlis kahwin paling bodoh dalam Malaysia," demikian tweet Faqihuddin mengenai kebiadaban tetamu majlis yang meninggalkan lampin pakai buang berisi najis di atas pinggan.
Menurut Faqihuddin, majlis perkahwinan itu diadakan di dalam dewan tertutup di Nilai, Negeri Sembilan dan dia langsung tidak menyangka akan ada tetamu yang berkelakuan teruk seperti itu.
Difahamkan, Faqihuddin yang bekerja sebagai pembantu katering pada hari kejadian menemui lampin pakai buang itu ketika dia sedang mengemas meja tetamu. Sebaik saja nampak lampin itu, dia terus membuangnya kerana tidak mahu tetamu yang lain berasa kurang senang.
"Terkejut juga kerana tidak sangka ada tetamu yang sanggup membuangnya di pinggan, sedangkan banyak tong sampah disediakan di dewan.
"Malah kedudukan meja itu juga tidak jauh daripada tandas tetapi tetamu itu tanpa rasa malu membuangnya di situ. Nampak sangat tetamu itu pengotor dan pemalas," katanya.
Sementara itu, netizen juga berkongsi pengalaman yang sama, pernah terjumpa lampin pakai buang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya walaupun di dalam restoran.
Sumber: Faqihuddin, Harian Metro
If you're trying to lose weight then you have to get on this totally brand new personalized keto diet.
ReplyDeleteTo produce this keto diet service, certified nutritionists, personal trainers, and cooks joined together to produce keto meal plans that are useful, convenient, economically-efficient, and enjoyable.
Since their grand opening in January 2019, thousands of individuals have already transformed their body and health with the benefits a certified keto diet can give.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones offered by the keto diet.