Jurufoto liar melampau Jerat Wanita Muslimah Untuk Berzina


Jurufoto liar melampau Jerat Wanita Muslimah Untuk Berzina

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan berita mengenai seorang lelaki yang menyamar sebagai jurugambar meminta mangsanya membuat posing 'mengancam' kononnya sebagai syarat untuk pemilihan model pakaian muslimah melalui Facebook chat.

Lelaki terbabit masih lagi bebas, malah semakin berani mendekati anak-anak gadis di Facebook.

Baru-baru ini, modus operandi yang sama juga digunakan untuk menjerat mangsa baru mereka. Sama ada orang yang sama ataupun tidak, tujuan mereka sama seperti kes terdahulu. Namun kali ini melibatkan seorang wanita yang sudah menjadi tunang orang.

Lelaki itu semakin melampau bilamana dia cuba mengajak mangsanya yang juga seorang wanita bertudung & berniqab untuk ber#zi-na. Dia juga sempat meminta mangsanya mengisi borang palsu.

Bagaimanapun, mangsa tetap enggan melayaninya lalu lelaki itu mula menggunakan kata-kata #lu-cah & mengajaknya melakukan perbuatan tidak bermoral.












Identiti lelaki berkenaan masih tidak dapat dikenalpasti. Besar kemungkinan lelaki itu menggunakan gambar & akaun palsu untuk menggelakan diri dari ditangkap.

Para wanita dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang tawaran menjadi model memperagakan pakaian muslimah. Tujuan mereka tak lain tak bukan adalah menggunakan gambar-gambar mangsa untuk tujuan yang tidak elok. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.