Alhamdulillah Shalwati Norshal bebas esok
Alhamdulillah Shalwati Norshal bebas esok
“Alhamdulillah, keadaan saya di sini semuanya baik,” kata Shalwati Norshal, 46, menerusi perbualan telefon yang dihubunginya dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden, jam 4 petang, (10 malam waktu Malaysia), kelmarin.
Menurut Shalwati, hari pembebasannya esok adalah saat yang ditunggu selepas menjalani hukuman penjara 14 bulan sejak ditahan pihak berkuasa Sweden pada 18 Disember tahun lalu.
Shalwati berkata, biarpun terpaksa menghadapi keperitan itu, dia reda selain berharap ikatan kekeluargaan bersama suami serta keempat-empat anaknya kembali seperti biasa selepas hukuman berkenaan.
“Dalam beberapa hari lagi, penderitaan ini akan berakhir selepas pulang ke Malaysia dan tidak sabar untuk melihat keempat-empat anak saya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags:
Post a Comment
0Comments