?max-results=1&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=2&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=1&start-index=4&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=5&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=1&start-index=7&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=8&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");

Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

» » Alvin Tan DIKEHENDAKI PDRM Dan Polis Antarabangsa (INTERPOL)


ALVIN bergambar di lokasi yang didakwa Pantai Venice, AS.

INTERPOL buru Alvin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan blogger kontroversi, Alvin Tan yang gagal hadir ke prosiding mahkamah kerana dakwaan mempersenda umat Islam tahun lalu dan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menegaskan pihaknya akan mencari Alvin walau di mana jua dia berada.

"Kita akan minta INTERPOL untuk kesan dia (Alvin).

Setiap negara ada undang-undang dan kita akan cari dia sampai dapat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu Alvin menerusi posting dalam laman Facebook pada 26 September lalu mendedahkan dia sudah membuat permohonan suaka di AS serta menghina beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggelarnya pengecut serta menyamakan Khalid dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmler.

"Sesetengah orang akan kata saya bodoh kerana bersuara sebelum permohonan suaka diluluskan, sama seperti ketika saya memulakan blog seks sebelum tamat pengajian undang-undang dulu," katanya dalam posting berkenaan.


Selain itu Alvin turut berkongsi sekeping gambar dirinya di lokasi yang didakwa Pantai Venice, Los Angeles.

Pada 13 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap ke atas Alvin, selepas dia gagal menyerahkan semula pasport yang diserahkan kepadanya sebelum ini, bagi membolehkannya ke Singapura untuk tujuan penggambaran dokumentari.

Sejak itu, Alvin gagal hadir ke mahkamah sehingga menyebabkan wang jaminan RM20,000 yang dibayar ibunya, All Kim Lian, 57 dan sepupunya, Loo Ching Ching, 44, dirampas mahkamah.

Alvin dan teman wanitanya Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 kerana memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi'.

Ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal antara 11 dan 12 Julai tahun lepas di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

About the Author Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

No comments

Leave a Reply

Perform

video


" });

Feature

Cat-5

Cat-6