Anak Kapten Iriyanto iaitu juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Angle Anggi, berkata kali terakhir beliau berkomunikasi dengan ayahnya ialah apabila ingin mengecat bilik tidurnya. |
Anak Kapten Iriyanto iaitu juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Angle Anggi, berkata kali terakhir beliau berkomunikasi dengan ayahnya ialah apabila ingin mengecat bilik tidurnya.
Munurut laporan detik.com, ayahnya bertanyakan warna cat apa yang paling sesuai untuk biliknya dan Anggi berkata terpulang kepada ayahnya untuk mengecat biliknya dengan warna pilihannya.
"Papa mau merenovasi cat ruangan kamarmu, enaknya di cat apa ya," kata Anggi yang meniru gaya percakapan ayahnya.
"Terserah papa aja". jawab Anggi.
Ia dilaporkan Anggi tidak melihat bapanya sejak itu.
Portal berita itu juga melaporkan bahawa Iriyanto adalah salah seorang lulusan terbaik di sekolah penerbangan TNI AU Adisutjipto.
Turut dilaporkan bahawa beliau adalah seorang yang aktif di laman media sosial di mana beliau sering berkongsi gambar keluarganya.
No comments