(Gambar) The Clink, Restoran 5 Bintang Dalam Penjara
Tak terlintas di fikiran sebuah penjara memiliki restoran mewah bertaraf 5 bintang di dalamnya. Mungkin, ia suatu yang mustahil di Malaysia namun tidak di HM Prison High Down yang terletak di Banstead, Surrey.
Restoran The Clink Charitu ini didirikan untuk mengurangkan kadar jenayah dikalangan para banduan dan supaya mampu mendorong mereka membuat perkara yang lebih baik.Pekerja di restoran ini adalah terdiri daripada banduan samaada sebagai pelayan hinggalah ke tukang masak. Walaupun Chef restoran ini adalah seorang banduan namun masakannya adalah setaraf dengan chef di restoran mahal yang lain.
Setakat ini sudah tiga penjara yang mempunyai restoran ini antaranya satu di Brixton, London dan dua lagi di Surrey dan Cardiff, Wales.
Walaupun pengunjung yang ingin menjamu selera di restoran itu harus melalui pemeriksaan yang ketat iaitu pemeriksaan biometrik dan harus memberi cop jari dan gambar namun, jumlah yang datang amat memberangsangkan malah pelanggan harus menempah meja 72 jam sebelum datang.
Bukan itu sahaja, usia pengunjung juga terhad. Hanya yang berusia 18 tahun ketas sahaja boleh memasuki restoran ini dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit didalamnya. Malah, beg dan dompet juga harus ditinggalkan di atas meja penyambut tetamu.
Selain semua pekerja daripada golongan banduan, malah seluruh perabut didalamnya diperbuat sendiri oleh para banduan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
No comments