Terus Hancur Luluh Hati Isteri Temui Suami Projek Dengan Kekasih Gelap Dalam Bilik Tidur

Hancur Luluh Hati Isteri Temui Suami Projek Dengan Kekasih Gelap Dalam Bilik Tidur

Hancur luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya sedang bermadu asmara bersama kekasih gelapnya di dalam bilik tidur di rumah mereka di Chow Kit.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam Ahad lalu, wanita berusia 30-an itu baru saja pulang dari kerja sebelum ternampak suaminya beromen dengan kekasihnya itu.

Pada mulanya, mangsa menyangka suaminya tiada di rumah kerana lampu rumah tidak dibuka sebaik dia masuk ke rumah. Bagaimanapun, hatinya tergerak masuk ke bilik, membuka suis lampu dan ternampak suaminya berlaku curang bersama seorang wanita yang tidak dikenalinya.

Berang dengan penampakkan itu. wanita terus memarahi suaminya dan menghalau mereka berdua keluar dari rumah. Namun, pertengkaran mereka menjadi semakin ganas apabila lelaki itu bertindak ganas menumbuk muka mangsa.

Menurut sumber, lelaki terbabit membelasah isterinya tanpa henti selama beberapa minit. Setelah puas membelasah mangsa, lelaki itu bersama kekasihnya terus keluar dari kediaman itu tanpa mempedulikan isterinya yang cedera teruk.

Mangsa terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit kerana bimbang kejadian yang sama berulang.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.