?max-results=1&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=2&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=1&start-index=4&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=5&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=1&start-index=7&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=8&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");

Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

2015

Filem Kontroversi Malaysia Bakal Ditayangkan di Pawagam Perancis

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Filem kontroversi Lelaki Harapan Dunia akan ditayangkan di pawagam di Perancis dan bertanding di Festival Filem Antarabangsa Fajr ke-33 di Tehran, Iran.

Lelaki Harapan Dunia ('Men Who Save The World'), yang diarahkan oleh Liew Seng Tat telah terpilih untuk program, 'cinema on demand' yang diuruskan oleh I Like Cinema di Perancis. Tayangan pertama dijadualkan pada hari ini.

Ia juga akan bertanding dalam kategori 'East Panorama' pada Festival Filem Antarabangsa Fajr yang ke-33 di Tehran, Iran dalam kategori 'East Panorama' yang akan berlangsung pada 25 April hingga 2 Mei 2015.

Selain itu, filem ini telah menerima sokongan dana antarabangsa dari 7 buah negara dan sebuah penerbitan bersama Malaysia dengan Belanda, Jerman dan Perancis.

Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di pawagam di Malaysia pada November lalu.

Sejak ditayangkan di tayangan perdana dunia sempena Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, ia telah terpilih dan

ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa di seluruh dunia termasuk festival berprestij Toronto, Busan, Rotterdam, Gothenburg, Hong Kong dan banyak lagi.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Mayat Anak Penghidap Kanser Otak Dibekukan Agar Hidup Kembali

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Seorang kanak-kanak yang bernama Matheryn berusia 2 tahun dari Thailand yang meninggal dunia akibat kanser telah menjadi orang yang paling muda di dunia yang dibekukan. ini kerana ibu bapanya beranggapan boleh dihidupkan kembali dengan teknologi sains

Ibu bapa Matheryn kecewa dan sedar perjuangan mereka untuk Matheryn melawan penyakit itu sudah berakhir. Dan dengan harapan bahawa kemajuan perubatan akan satu hari dapat menyembuhkan anaknya daripada jenis kanser otak dan dia boleh dihidupkan semula, laporan Mirror.

Picture
Ibubapanya, Sahatorn dan Nareerat Naovaratpong berkata mereka yakin Matheryn Naovaratpong akan hidup semula pada masa hadapan

kanak-kanak 2 tahun pada mulanya didiagnosis dengan tumor 11-sentimeter di dalam otaknya dan walaupun membuat pembedahan besar, mengakibatkan 80 peratus bahagian kiri otak kanak-kanak malang itu dibuang tetapi akhirnya meninggal dunia akibat penyakit kancer otak pada Januari.

Picture
Matheryn Naovaratpong hidup sepanjang hayatnya yang singkat di hospital di Bangkok

Keluarga memutuskan untuk mematikan sistem sokongan hidup, tetapi sebelum itu ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, berusaha dengan cara lain mereka mengambil keputusan untuk mencuba supaya anaknya akhirnya akan dihidupkan semula.

Picture
Mereka menghubungi Alcor Life Yayasan Pengembangan di Amerika Syarikat, yang melakukan prosedur cryoprotective di badan Matheryn tersebut sebelum badan Matheryn dihantar ke Arizona.

Jasad dan Otak Matheryn diasingkan

Jasad Matheryn akan dibekukan sehingga penawar ditemui, selain menunggu kajian untuk mengetahui kaedah untuk membesarkan badannya

Picture
Ibu bapa berkata, cinta mereka terhadap Matheryn yang mendorong mereka untuk cuba memeliharanya

Otak Matheryn kini diasingkan di dalam bekas keluli tahan karat, yang merupakan bekas vakum berpenebat yang diisi dengan cecair nitrogen.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Menarik! Kucing yang Dulunya Terbiar dan Kini Disayangi

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Umum mengetahui kucing adalah sejenis binatang yang comel dan manja. Sifat kucing sedemikian membuatkan ia sangat disukai oleh manusia sehingga ada yang memberi kehidupan yang mewah dan dijaga dengan baik.

Bagaimanapun terdapat juga kucing-kucing yang kurang bernasib baik yang tidak bertuan, terbiar dan melahirkan anak-anak yang turut tidak bertuan. Kucing-kucing yang tidak bertuan ini tahulah kita apa keadaannya.

Picture
Namun, bagi penggemar-penggemar kucing, biasanya kucing-kcuing terbiar ini diambil sebagai haiwan belaan dan dijaga dengan baik. Di sini Siakapkeli ingin berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan sebelum dan selepas dijaga oleh tuannya yang sangat prihatin.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Ketahui Rahsia Kehidupan Seorang ‘Gamer’ Bila Peroleh Pendapatan RM30k Sebulan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kehidupan Seorang ‘Gamer’ Peroleh Pendapatan RM30k Sebulan

Ramai yang berkata rahsia kepada kejaayan seseorang adalah melakukan apa yang anda suka, tetapi apabila membayar bil bulanan dan segala perbelanjaan kehidupan anda berdasarkan pendapatan dari semata-mata bermain game atau permainan video adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Bagi Moru-Chan, peminat permainan video Jepun yang kini meraih pendapatan USD10,000 (RM30,000) pada dasarnya menghabiskan tiga bulan hidup bermain permainan video dan berkongsi tips pengalamannya bermain permainan online.

Jika anda menghabiskan masa berjam-jam bermain permainan online seperti World of WarCraft, Guild Wars, dan terdapat mungkin beribu-ribu pemain di luar sana yang melakukan perkara yang sama secara percuma, tetapi Moru-Chan adalah salah seorang manusia yang bertuah yang dapat menampung kehidupan mereka dengan hanya membunuh raksasa, menaik taraf watak maya dana melakukan transaksi dan pencarian secara online di alam maya.


Beliau menghabiskan sepanjang malam di depan komputer, dan di waktu lain pula dihabiskan masa untuk tidur memasak dan mencuci pakaian.
Berikut adalah jadual harian Moru-Chan:
12p.m – bangun, mandi dan makan, melakukan kerja rumah.
3p.m bermain game
4p.m update blog peribadi
6p.m makan
7p.m bermain game
9p.m bermain game secara online
6.am Tidur
Dan jadual ini diulangi setiap hari…..


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Al-Fatihah! Tok Guru Nik Aziz Pulang Ke Rahmatullah

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas dirawat di hospital itu, semalam.

Difahamkan, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen.

Kedengaran juga bacaan Yasin dari dalam rumah Musyidul Am PAS itu, selain pekarangan rumah mula dipenuhi orang ramai dan wartawan.

Terdahulu, anak Nik Abdul Aziz, Nik Mohamad Abdul memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam. sumber Harian Metro. 15 minit kemudian.




Keratan gambar update daripada Berita Harian Metro.


Sekitar masjid (kiriman peminat)

Dato' Haji Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Kami merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga Datuk Hasbullah Awang atas pemergian Allahyarham pada pukul 12:20pm tadi... Perginya seorang lagenda dan ‘suara keramat’ bola sepak tanahair.

Dato’ Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia dan berkhidmat di Astro sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia.

Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada 12 Februari 2015, pada 1:30 petang di Insitut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. Takziah daripada kami di HDmalaya. Al-Fatihah. 
(Gambar) The Clink, Restoran 5 Bintang Dalam Penjara

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Tak terlintas di fikiran sebuah penjara memiliki restoran mewah bertaraf 5 bintang di dalamnya. Mungkin, ia suatu yang mustahil di Malaysia namun tidak di HM Prison High Down yang terletak di Banstead, Surrey.

Restoran The Clink Charitu ini didirikan untuk mengurangkan kadar jenayah dikalangan para banduan dan supaya mampu mendorong mereka membuat perkara yang lebih baik.

Pekerja di restoran ini adalah terdiri daripada banduan samaada sebagai pelayan hinggalah ke tukang masak. Walaupun Chef restoran ini adalah seorang banduan namun masakannya adalah setaraf dengan chef di restoran mahal yang lain.

 Setakat ini sudah tiga penjara yang mempunyai restoran ini antaranya satu di Brixton, London dan dua lagi di Surrey dan Cardiff, Wales.

Walaupun pengunjung yang ingin menjamu selera di restoran itu harus melalui pemeriksaan yang ketat iaitu pemeriksaan biometrik dan harus memberi cop jari dan gambar namun, jumlah yang datang amat memberangsangkan malah pelanggan harus menempah meja 72 jam sebelum datang.

Bukan itu sahaja, usia pengunjung juga terhad. Hanya yang berusia 18 tahun ketas sahaja boleh memasuki restoran ini dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit didalamnya. Malah, beg dan dompet juga harus ditinggalkan di atas meja penyambut tetamu.

Selain semua pekerja daripada golongan banduan, malah seluruh perabut didalamnya diperbuat sendiri oleh para banduan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Perform

video


" });

Feature

Cat-5

Cat-6