?max-results=1&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=2&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=1&start-index=4&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=5&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=1&start-index=7&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");
?max-results=2&start-index=8&orderby=published&alt=json-in-script&callback=wowslide\"><\/script>");

Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

November 2014


Panduan Permohonan Baru BR1M 4.0 2015

Perhaps by this step by step panduan permohonan, everyone can get their BR1M 2015 application done online correctly. Check if you are eligible to apply before you continue, we would like to let you know an important matter which is regarding the type of bank account you submit to receive BR1M 4.0.

You are not allow to use a joint bank account or your company bank account (like small business or enterprise account) as the system will match your name with the name you registered your bank.
For example a person named ‘Ali’ must use a bank account that is under ‘Ali’. This also means that you cannot use your bank account for any of your relatives.

One bank account should only be used once. If your grandmother or grandfather wish to apply but do not own any bank account, please register offline by submitting the borang br1m to LDHN.

Panduan Permohonan Baru BR1M 4.0 2015

Visit ebr1m website ebr1m.hasil.gov.my and click on ‘Permohonan Baru’. You shall find that link on the menu bar.


- If your IC is not valid, you have to bring your IC together with your partner and ‘tanggung’ if any to visit LDHN.

- If a dialog box pop-up showing permohonan telah wujud that’s mean you are an existing BR1M applicant. You need no to proceed to fill this form. You should update (kemaskini) your info.



Bank account is the most important field in this step. Also give your latest and reachable address. You can ignore fields that without the * symbol. Those are not mandatory information.



Fill ‘0’ if you have no income yet. If your marriage record is available to JPN, you can just click on the drop down menu and pick the right option; else you have to key in the detail manually. It’s a must to fill in your spouse IC , name and income if you are married.



Fill in the info for Skim Khairat  Kematian, previously known as i-BR1M. Every BR1M receiver qualified automatically to enjoy this benefit.


Next enter the verification code and click ‘send’.


Lastly check the agreement checkbox confirming you’re giving the correct details. There will be confirmation popup in the end. Then you’ll see all the fields became non-editable. Please check twice before you submit, you may have to change it manually in LDHN if you send the wrong data. Contact hasil if you have any question or doubt.

Inform your friends or relatives to register quickly before 31 December 2014. Unlike last year, permohonan for BR1M online 2015 only open for a month.

Regarding the BR1M payment date
It will be paid three times a year for households recipients and one time for individuals recipients. For individuals with income below RM2000, RM350 will be paid starting January 28, 2015.

For households with a monthly income of RM3,000 and below, the first payment RM300 will be on 28 Jan, RM300  on 28 May and RM350 on 28 September 2015.

For households with a monthly income of RM3001 to RM4000, the first payment is RM200 on Jan 28, RM200 on 28 May and RM350 on 28 September 2015.

Please help to share this post to benefit more people, thank you!






GAMBAR GADIS PARAH, MUKA DITOREH PENYAMUN DAN HAMPIR DI ROGOL

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kes Samun Berkait Pasir Puteh Rpt. 6955/14.

Gadis ditoreh muka dengan pisau dan cubaan merogol

PASIR PUTEH: Seorang gadis parah di bahagian muka akibat ditoreh dengan pisau oleh penyamun di rumahnya di Sentosa, Wakaf berangan Sri Aman Pasir Puteh, Kelantan.

Picture

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 petang itu, mangsa telah ditumbuk dan ditoreh dengan pisau di bahagian muka akibat cuba melawan salah seorang suspek.

Siasatan awal pihak polis mendapati, dua suspek telah memecah masuk ke dalam rumah dengan memakai topi keledar untuk mengelakan dicam oleh mangsa.

Salah seorang suspek menendang pintu bilik air ketika mangsa, Nur Shafiqa sedang mandi. Mangsa ditarik ke ruang tamu dan mendapati ibunya, Hat Tema, terbaring di ruang dapur rumah.

Nur Shafiqa, diminta oleh salah seorang suspek mencabut cincin yang dipakai oleh ibunya.

Mangsa kemudiannya dibawa masuk ke dalam salah sebuah bilik oleh. Suspek sempat mengambil iPhone 5S milik mangsa.

Kemudian suspek membuka seluar dan cuba merogol mangsa namun tidak jadi kerana rakannya yang bersama dengan ibu mangsa memanggilnya. Bagaimanapun, suspek masuk semula ke dalam bilik dan menumbuk dan menoreh muka mangsa dengan pisau kerana cuba melawan.

Suspek kemudiannya keluar dari bilik dan mangsa dengan segera mengunci pintu bilik serta menjerit dari tingkap meminta bantuan jiran-jiran terdekat.

Dua orang suspek terkejut mendengar jeritan mangsa segera melarikan diri.

Adik mangsa, Nur Shafatini, yang turut berada dalam rumah ketika kejadian berada dalam keadaan takut dan bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik. Bagaimanapun, dia sempat menghubungi polis dan pihak ambulan untuk meminta bantuan.






kes samun berkait Pasir puteh Rpt. 6955/14.
1) Pengadu:
Mohd Zulkifli  b. Mohd Zain KP: kpl. 117920, um: 49 thn. Kj: Polis, ALamat:  IPD Pasir Puteh kelantan.
2) Mangsa:
2.1. Hat Tema Bt Mat Zin, No KPT 560817-06-5358, Kerja surirumah, alamat Lot 1195, Lorong Sentosa, Wakaf Berangan, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
2.2. Nur Shafiqa bt. Lah KP: 920710115534, 22 thn, Kerja Tiada.
2.3. Nur Shafatini bt. Lah KP: 960126-11-5400, umur: 18 thn., Kerja Tiada.
3) Fakta kes:
Pd jam l/kurang 1.58 tgh 30/11/14  pgd bertugas di bilik Gerakan IPD Pasir puteh kelantan tlh terima panggilan telefon  drpd  999 beritahu satu kejadian samun berlaku di Lot 1195, Lorong sentosa, Wakaf Berangan, Pasir Puteh Kelantan.
4) Hasil siasatan Awal:
- Kjdn disebuah rumah batu di Lorong Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.
- Pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa para 2.1 & para 2.2   dan seorang lagi anak mangsa para 2.3 nama Nur Shafatini bt. Lah umur: 18 thn.
- Saspek 2 lelaki melayu menaiki m/sikal & naik dlm rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai Visor.
- Seorang saspek tlh menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa para 2.2. sedang mandi. Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah & dapati emak Mangsa (mangsa para 2.1.) sedang terbaring di ruang dapur rumah. Mangsa para 2.2 telah diminta oleh salah seorang saspek utk mencabut sebentuk cincin yg sdg dipakai oleh mangsa para 2.1. Mangsa para 2.2. kemudiannya tlh dibawa masuk ke dalam salah satu bilik & saspek telah ambil satu telefon bimbit milik mangsa jenis iPhone 5 (S) no  Tel: 01121995194, imei : 358842058976773. mangsa nampak saspek tlh buka seluar dipercayai mahu rogol mangsa. Namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yg berada diluar bersama dgn mangsa para 2.1. memanggilnya. Saspek keluar dari bilik & kemudian masuk semula dan telah tumbuk muka mangsa & toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
-Saspek kemudian keluar dari bilik & seterusnya mangsa para 2.2. terus kunci bilik dari dalam dan kemudian bertempik ikut tingkap untuk minta bantuan.
-Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa bertempik meminta bantuan.
-Pada masa kejadian seorang mangsa para 2.3. Turut berada didalam rumah & pd masa kjdn beliau berada didalam bilik & telah bersembunyi dibawah katil ketika saspek tendang pintu bilik. Namun beliau tidak nampak saspek yg masuk dlm rumah. Mangsa para 2.3 kemudian telah menghubungi talian 999.
- kedua mangsa 2.1 dan 2.2 telah dihantar ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.
- Mangsa para 2.1 mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan & luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri.
- Mangsa para 2.2 mengalami cedera luka pada dahi sebelah kanan & luka pada bibir.
- Barang yg hilang adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih Tel: 01121995194, imei : 358842058976773,
5) Saspek:
- 2L memakai topi keledar, bentuk badan kurus, kenderaan yg digunakan saspek tidak dilihat.
- saspek bercakap dlm bhs melayu dialek kelantan.
- muka saspek tidak dicamkan kerana memakai topi keledar dgn visor gelap.
6) Tindakan:
- Tempat kejadian telah dilawati. Rajah kasar tmpat kejadiam telah dilakar, dan gambar tempat kjdn serta kesan kecederaan mangsa tlh dirakamkan.
- Bantuan D8 telah dipohon utk bantuan mengesan lokasi telefon bimbit mangsa.
- anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan saspek terlibat.
7) Klasifikasi: cadang seksyen 394 KK.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Bapa Tanam Bayi Baru Lahir kerana Bibir Sumbing

KEMBOJA – Hanya kerana dilahirkan dengan bibir sumbing, seorang bapa tergamak menanam bayinya hidup-hidup sebaik sahaja bayi perempuan itu dilahirkan.

Nasib baik bayi itu terselamat selepas dia ditemui oleh seorang budak yang bermain di kawasan kotor berkenaan.

Lelaki kejam itu, Kong Sokthy, 29, dikatakan telah menanam bayi berkenaan sebaik sahaja dia melihat wajah anak yang baru dilahirkan itu.

Dia kemudiannya ditangkap polis namun tuduhan ke atasnya telah digugurkan.

Dalam pada itu, bayi tersebut yang kini sudah berusia tujuh bulan akan menjalani pembedahan selama 45 minit bagi membetulkan bibirnya yang sumbing itu.

Menurut pakar bedah, Dr Mok Theavy, yang akan menjalankan pembedahan secara percuma itu, pembedahan itu adalah mudah dan bayi berkenaan akan dapat makan dengan betul, manakala parutnya tidak akan kelihatan.

Sementara itu, ibu bayi tersebut, Heng Dang tidak menyangka bahawa bibir sumbing dapat dibetulkan menerusi pembedahan.

“Saya tidak sangka bibir sumbing dapat dibetulkan,” katanya

Sumber malatup.blogspot.com


Kejam!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai..

WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.

Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.

Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.


Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.

Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya.

Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah. – AP


sumber: hmetro.com.my

KEJAM!!! Budak 9 Tahun Dikurung Oleh Bapanya Didalam Ruang Sempit Dinding Palsu Selama 4 Tahun..

Florida: Sejak ‘hilang’ empat tahun lalu, tiada sesiapa menyangka seorang remaja sebenarnya hidup terkurung di dalam ruang sempit di sebalik dinding palsu pada almari kain di rumah ayahnya.

Remaja yang namanya dirahsiakan itu diselamatkan selepas berjaya memuat turun aplikasi telefon bimbit dan menghantar pesanan kepada ibunya di Florida.

Melalui pesanan itu, remaja yang kini berusia 13 tahun berkenaan memaklumkan dia dikurung dan didera di rumah ayahnya sendiri di daerah Clayton, Georgia.

Polis yang dihubungi kemudian menyiasat rumah terbabit sebelum menemui mangsa disorokkan di bilik khas di dalam garaj bangunan itu.

Sumber berkata, mangsa begitu bersyukur diselamatkan dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada polis.

Ketika dia dipertemukan dengan ibunya, detik itu ternyata amat menyayat hati apabila remaja terbabit dilihat enggan melepaskan pelu ke atas wanita berkenaan.

Pada masa sama, lima penghuni rumah itu - ayah mangsa, ibu tirinya dan tiga juvana - ditahan dan didakwa atas tuduhan mengurung secara salah, menutup perbuatan jenayah dan penderaan.

Kehilangan remaja itu diadukan ibunya kepada pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak pada 2010.

Ketika itu budak terbabit melawat bapanya dan tidak dibenarkan pulang ke rumah ibunya.

Bagaimanapun, ibunya tidak pernah menghubungi polis kerana dia pendatang asing dan tidak memahami undang-undang dengan jelas.

Namun, sebaik mendapat pesanan ringkas anaknya itu dia terus menelefon talian kecemasan 911.

Polis membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada jam 2 pagi semalam dan menyoal penghuninya sebelum mencari dan menemui mangsa.

Keadaan kesihatan remaja itu tidak diketahui.

Jurucakap Polis Daerah Clayton, Sarjan Joanne Southerland berkata, apabila tiba di rumah itu, penghuninya menafikan mangsa berada di situ.

“Selepas beberapa minit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan termasuk mendera mangsa, kami berjaya menemuinya di dalam almari kain itu,” katanya. - Agensi

Sumber: Hmetro.com.my


Anak Paksa Ayah Beli iPhone 6 Dan Samsung Note 4 Untuk Diberi Kepada Kekasih

Sebak admin membaca satu kisah yang menjadi viral yang dibincangkan di laman sosial kisah seorang remaja yang berumur 15 memaksa ayahnya membeli sebuah iPhone 6 untuk diberi kepada kekasihnya dan memaksa ayahnya membeli Samsung Note 4 untuknya sedangkan ayahnya adalah seorang yang bergaji bawah RM 1000.

Baru umur 15 tahun dah melakukan perkara macam itu kepada orang tuanya bayangkan apabila besar nanti bagaimana yang dilakukan kepada ayahnya.

Berikut adalah perkongsian seorang pekerja di kedai telefon yang melihat perkara itu.

Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ayahnya datang. Ayah dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan.

Aku: Assalamualaikum pakcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah.

Ayah: Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?

Aku: Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Pakcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.

Anak: Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 128GB dengan Samsung Note 4?

Aku: *terus ambil kalkulator kira*

Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun.

(Sambil tersenyum aku tengok, muka pakcik itu yang macam resah. Aku tahu pakcik tu orang susah).

Anak: Okay, ayah jadi eh? Boleh eh?

Ayah: (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)

Aku: Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?

Anak: Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15.

Aku: (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat ayah dia? Ayah dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).

Ayah dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji ayah dia sebulan cuma RM950.

Aku: Okay pakcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.

Ayah: Okay, baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah seperti pasrah dengan kehendak anak dia)

Aku: Sama-sama pakcik. Datang lagi.

(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan ayah dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok.

Subhanallah...kuatkanlah dirimua engkau wahai si ayah moga tempatmu di sana nanti dikalangan orang-orang beriman.

Muat Naik Gambar Limpa - Pelatih Kejururawatan Dibuang Dari Sekolah Perubatan

Rusia – Seorang pelatih kejururawatan berdepan hukuman dibuang dari sebuah sekolah perubatan selepas dia memuatnaik gambar organ seorang remaja dalam instagramnya ketika pembedahan dilakukan ke atas pesakit tersebut di hospital Kazan.


Lebih malang, Gulnaz Yalalova, 20, bukan sahaja memuat naik gambar limpa remaja yang cuba membunuh diri itu malah dia turut mempersendakan remaja perempuan itu bersama rakan-rakannya.

Tindakan Gulnaz itu disifatkan sebagai tidak beretika apatah lagi dia menggelar pesakit berkenaan sebagai ‘275lbs schizo’.

Remaja berkenaan berusia 16 tahun dan mengalami kecederaan patah tulang rusuk, cedera di kepala dan limpa terkoyak setelah terjun melalui tingkap dari tingkat 8.

Semua butiran tersebut didedahkan oleh Gulnaz dalam media sosial ketika dia dan rakan-rakannya mengutuk remaja terbabit.

Susulan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Gulnaz telah dilarang kembali ke hospital berkenaan dan dia juga bakal dibuang dari sekolah kejururawatan itu.

“Saya amat-amat tidak bersetuju dengan tindakan (memuat naik gambar) ini. Ia adalah sesuatu yang teruk.

“Ia merupakan pembedahan yang serius di mana seorang gadis muda terjatuh dari tingkap lapan. Pasukan doktor cuba menyelamatkan nyawa gadis itu sepanjang pembedahan namun dia meninggalkan situasi pembedahan tersebut untuk mengambil gambar.

“Sudah tentu dia tidak akan kembali menjalani latihan perubatan,’’ kata pengarah hospital terbabit, Rustem Gaifullin.

Sumber mynewshub.cc

Buat Majlis Perceraian Selepas Tahu Lelaki Yang Dikahwini 'Suami Orang'!

BEIJING: Kebiasaannya, kita selalu mendengar majlis pertunangan dan majlis perkahwinan dibuat secara besar-besaran bagi meraikan pasangan bercinta diikat dah kemudian disatukan. Namun tidak bagi seorang wanita China ini yang membuat majlis perceraian secara besar-besaran.

China Daily melaporkan, seorang isteri di China menganjurkan majlis perceraian yang penuh istimewa bagi meraikan perpisahan dia dengan suaminya itu.

Wanita itu memakai gaun pengantin berwarna putih krim manakala suaminya lengkap sut tuxedo gelap dan pasangan itu melafazkan perceraian sebelum disusuli upacara bertukar-tukar cincin, membuka penutup botol minuman keras serta memotong kek perpisahan.

Majlis yang serba ringkas itu disaksikan oleh tiga rakan mereka.

Menurut China Daily, wanita itu tidak tahu yang dia telah berkahwin dengan suami orang sejak zaman percintaan lagi lantas dia berasa amat kecewa apabila menyedari dirinya dipermainkan lelaki itu.

Dia hanya tahu cerita sebenar apabila perkara itu dibongkar oleh isteri lelaki tersebut dan pasangan itu diminta bercerai apabila suaminya diberi kata dua oleh madunya sama ada mahu memilih dia atau wanita pertama yang dikahwininya.

Lelaki itu akhirnya memilih mengikut isteri pertama dan bersetuju meninggalkan wanita tersebut dengan mengadakan upacara khas perceraian kerana pasangan berkenaan mungkin tidak setuju dengan konsep poligami selain tentu berasa ditipu hidup-hidup. - AGENSI


Remaja Lelaki Rogol Warga Emas 91 Tahun

NORTH LANARKSHIRE: Seorang remaja berusia 17 tahun, Kriss Strachan telah merogol seorang wanita tua berumur 91 tahun dan telah menyerah diri selepas dipaksa oleh ibunya dan beliau tidak percaya dia telah membuat perkara terkutuk tersebut.

Semasa kejadian Kriss dalam keadaan mabuk selepas pulang dari sebuah bar telah memecah masuk rumah jirannya itu dan terus merogol mangsa yang menyebabkan mangsa terkejut dan trauma di mana mangsa yang sebelum ini seorang yang peramah sekarang ini hanya sebut perkataan ingin mati.

Mangsa yang sedang tidur nyenyak sedang tidur di dalam biliknya dan terdengar ada orang mengetuk pintu dengan kuat. Mangsa bangun kerana mengingatkan mungkin saudaranya bertandang ke rumah tetapi apabila pintu dibuka beliau terkejut kerana Kriss yang berada di depan pintu tersebut yang terus masuk dan meminta seks. Walaupun cuba menolak tapi teah dipaksa dengan kasar oleh Kriss.

Kini mangsa telah berpindah kerumah anaknya kerana trauma dan takut untuk tinggal bersendirian lagi manakala Kriss pula telah dibuang keluarganya kerana mereka amat malu dengan perbuatan remaja tersebut dang menganggap dia telah menjatuhkan maruah keluarganya seperti sampah.



Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Glasgow.

Menurut pendakwa Jane Farquharson memberitahu bahawa mangsa cuba mempertahankan dengan menolak dan manggaru muka suspek, tetapi suspek telah  menghantuk kepala mangsa di dinding dan mengugut membunuhnya kalau mangsa tidak diam.

Menurut mangsa beliau terasa begitu jijik selepas dinodai suspek dan mnyebabkan jiwanya runsing.

Miss Farquharson memberitahu mahkamah: "Dia berkata dia berasa kotor dan  dia berbisik kepada pegawai. 'Saya hanya mahu mati'."

Mangsa juga menjadi trauma dengan mana-mana lelaki di dalam mahkamah dan meminta seorang pegawai wanita untuk untuk duduk bersebelahan dengannya.

Mahkamah diberitahu mangsa didapati telah mengalami lebam yang serius sebagai akibat serangan itu.Hakim Lord Boyd telah menangguhkan perbicaraan ini bulan depan.


Sungguh Sedih Apabila Seorang Anak Sanggup Membuang Ibunya Dan Menganggap Ibunya Membawa Sial !!!

Sudah jelas lagi nyata bahawa ibulah antara penentu kita masuk ke dalam syurga. Jika seorang anak itu derhaka pada ibunya, maka nerakalah jawabnya.

Kisah yang kami bawakan ini adalah tentang nasib seorang ibu yang telah buang oleh anaknya kerana menganggap dirinya membawa sial. Perkara ini sepatutnya tidak boleh terjadi kerana ia adalah tanggungjawab anak untuk menjaga ibunya. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Tergamak apabila seorang anak itu sanggup membuang anaknya semata-mata mahu mengejar harta dunia....

ibu

HANYA kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.

Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.

Mesra dipanggil mami oleh penghuni, dia berkata telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya pembawa sial dan punca kegagalan perniagaan anaknya itu.

Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk dan hanya mengingati beberapa perkara semasa usia mudanya.

“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini”, jelasnya yang berasal dari Kinrara, Puchong.

Katanya, keadaannya yang uzur membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali kepangkuan anak-anaknya lagi.

“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan disini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain.

Muji yang juga bekas jururawat turut berkata ketiga-tiga anak Mami tidak pernah datang menziarah ibu mereka selepas menyerahkan Mami kepada pihaknya tujuh tahun lalu.

“Dulu, saya pernah cuba untuk mencari mereka tapi kini tidak lagi, dan 99 peratus daripada penghuni disini adalah ditinggalkan dan dibiarkan oleh waris mereka sehingga meninggal”, jelas Muji yang turut membiayai Pusat Jagaan dan Rawatan itu secara persendirian.

Berlainan pula kisahnya dengan seorang muallaf cina yang mesra dipanggil Uncle Chan, 80-an.

Dia yang sudah 9 tahun lebih tinggal di pusat jagaan orang tua itu pada asalnya di tinggalkan oleh isteri dan tiga anaknya.

“Sebelumnya saya tiada tempat untuk dituju dan saya berfikir untuk meminta bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan disebabkan saya tiada waris dan anak-anak juga tidak mahu bela saya, jadi mereka hantar saya kesini.

Katanya, anaknya pernah datang sekali sahaja untuk bertemunya kira-kira dua tahun lepas namun mereka datang bukan untuk menziarah tetapi bersebab.

“Anak perempuan saya datang hanya minta tandatangan borang izin kahwin dan selepas itu untuk jual rumah,” katanya yang gembira berada di rumah jagaan itu.

“Saya juga berterima kasih kepada Muji kerana menjaga saya, merawat serta memberi pengisian rohani setiap hari dimana saya dapat belajar mengaji dan mendalami ilmu agama”, katanya yang berasal dari Selangor.

Menurut Muji, Uncle Chan dibuang isteri dan anak-anaknya kerana dia kini tidak punya harta.

“Saya difahamkan, dulu dia orang yang berharta tetapi selepas jatuh bankrap keluarganya tidak mahu membelanya lagi.

“Ketika dihantar oleh pihak MAIS, Uncle Chan sakit terlantar dan tidak punya harta tapi saya pun gembira dapat menjaganya sebab dia tidak mempunyai kerenah”, katanya.

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas terletak di Puchong dihuni oleh 66 orang tua yang tiada waris dan di urus secara persendirian oleh Muji dan anak-anaknya.

“Kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, ini semua hasil daripada perniagaan restoran saya dan saya sumbangkan kepada orang-orang tua ini untuk mereka meneruskan hidup...


Lelaki Hilang akal ini Ajar 101 Cara Lanyak Gaun Pengantin ‘Ex’

ARIZONA – Gara-gara kecewa dengan kegagalan perkahwinannya selepas si isteri meninggalkannya, Kevin Cotter mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi kekecewaan itu.


Dia telah menerbitkan buku 101 cara bijak untuk menggunakan gaun pengantin milik bekas isterinya.
Kevin, 41, mengalami keperitan hidup selepas bekas isterinya meninggalkan dia setelah 12 tahun berkahwin.
Ketika melangkah keluar rumah, wanita itu membawa semua barang miliknya kecuali gaun pengantinnnya.
“Buatlah apa sahaja dengan gaun pengantin ini,’’ itu kata-kata akhir bekas isterinya itu sebelum meninggalkan Cotter.
Selama empat tahun Cotter memikirkan cara terbaik untuk menggunakan gaun berkenaan dan akhirnya dia berjaya melahirkan idea bagaimana gaun itu boleh digunakan.
Ia termasuk menjadikannya sebagai hammock, layar dan kain pengelap kasut.
“Idea menerbitkan buku ini tercetus ketika saya sedang makan malam bersama ibu bapa, abang dan kakak ipar saya. Saya terangkan kepada mereka mengenai gaun itu dan kakak ipar saya menyatakan terdapat 101 cara untuk menggunakannya,’’ katanya.
Jelasnya selepas ditinggalkan oleh isterinya, dia yang mempunyai dua anak itu menggunakan gaun perkahwinan itu sebagai terapi.
Namun tindakannya menerbitkan buku itu nyata tidak menggembirakan bekas isterinya yang mahu dia mendapatkan kaunseling bagi menghadapi kemarahan itu.
“Dia menyangka saya mahu membalas dendam namun nyata perkara ini tiada kaitan dengannya.
“Saya lakukan untuk diri saya kerana saya mahukan jawapan, apa yang boleh dilakukan dengan gaun pengantin yang sudah dipakai,’’ katanya.

Dasyat! Black Widow dari Jepun ini Disyaki Racun Mati 7 Pasangan

Polis Jepun menahan seorang jutawan warga emas berusia 67 tahun di kediamannya setelah disyaki meracuni pasangan terbaharunya sehingga menemui ajal.

Sekumpulan penyiasat telah menggeledah kediaman wanita itu, Chisako Kakehi, sehari selepas penahanannya. Menurut laporan, bahan kimia beracun ditemui dalam tong sampah di rumahnya.
Memetik laporan agensi berita Jiji Press, Kakehi memiliki kekayaan berjumlah USD6.8 juta (RM22.9 juta) sejak 20 tahun lalu, yang mana ia meliputi wang insuran dan aset-aset terkumpul yang ditinggalkan ketujuh-tujuh pasangannya.
Mengikut kronologi, kes Kakehi bermula pada 1994 apabila suami pertamanya meninggal dunia pada usia 54 tahun. Kemudian pada 2006, suami keduanya yang dikenali menerusi agensi mencari jodoh menemui ajal akibat strok pada usia 69 tahun.
Perkahwinan ketiganya pula tamat dua tahun selepas itu kerana kematian suaminya pada usia 75 tahun. Setahun selepas itu, teman lelakinya meninggal dunia akibat kanser, manakala tunangnya menemui ajal akibat pengsan ketika menunggang motosikal pada 2012.
Suami keempatnya Isao Kakehi, jatuh sakit secara tiba-tiba sebelum menemui ajal pada Disember tahun lalu, tak sampai dua bulan selepas mereka berkahwin.
Dalam kes terbaharu September lalu, teman lelaki wanita tersebut yang berusia 75 tahun, meninggal dunia selepas mereka menjamu selera di sebuah restoran.
Terma ‘black widow’ telah digunakan bagi menggambarkan individu yang membunuh pasangannya. Di Jepun, ini bukan kes Black Widow pertama dilaporkan di media.
Pada 2012, Kanar Kijima dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh tiga lelaki berusia 41, 53 dan 80 tahun yang dikenalinya menerusi laman sosial. 

Kenali Breanna Youn Adik Comel yang Digelar "Instagram Princess"

Seorang kanak-kanak comel berusia lima tahun bernama Breanna Youn, telah mencetusakn fenomena di laman sosial Instagram sehingga digelar "Instagram Princess" selepas mempunyai lebih dari sejuta pengikut seluruh dunia di laman Instagramnya hampir menyamai pengikut di Instagram Cameron Diaz.

Kerana populariti yang diperoleh ini telah mengubah kehidupan gadis ini dan keluarganya apabila sudah mampu hidup mewah. Dari tinggal di rumah yang sempit kini mereka sudah mampu mendiami rumah mewah selepas menerima tajaan dari pelbagai jenama terkenal seperti  Louis Vuitton, Chanel dan barangan kemas Tiffany.

Aksi-aksi Breanna bercakap bahasa arab yang diajar ibunya telah menarik beberapa kenamaan dari  Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari gambar-gambar comel yang dimuat oleh ibunya di Instagram. 

Satu pertemuan telah diaturkan oleh kenamaan dari UAE tersebut dan dibiayai oleh mereka semua iaitu tiket penerbangan kelas bisnes Breanna sekeluarga ke Dubai. Selain itu, Breanna sekeluarga diberi tempat tinggal percuma se­umur hidup di HOTEL LIMA bintang sejak Mei lalu dan menaiki limosin untuk bersiar-siar di UAE.

Dari kejadian tersebut instagram Breanna telah mendapat perhatian dari ramai orang sehingga sekarang melebihi sejuta pengikut.



Menurut Jocelyn, mereka sekarang telah berpindah ke UAE dan memeluk agama islam. Ibunya tidak tahu apa kelebihan anaknya kerana apa yang dimuat naik ke instagram adalah hanya gambar Breanna menangis dan tersenyum.

“Breanna cuma suka tersenyum dan mungkin ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan orang lain suka padanya dan apabila berada di hadapan kamera, dia akan bergaya secara spontan.

“Di Korea, Breanna mendapat perhatian kerana rupanya yang comel, tetapi di sini, mereka mahu bergambar bersamanya kerana mengenali anak saya melalui Instagram,” kata Jocelyn kepada portal berita Mail Online. Kini Breanne boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Korea, Tagalog dan Arab. Dia turut mempunyai beribu-ribu pengikut di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Arab Saudi.- Siakapkeli.com.my









Hubungan Yuna Dengan Kekasih Mat Saleh, PUTUS

TAK dapat dinafikan Yuna adalah kebanggaan Malaysia dan berada dalam kelasnya tersendiri apabila namanya kian dikenali di Amerika Syarikat.

Terbaharu, Yuna bakal muncul dalam program E!News Asia Special yang memaparkan perjalanan kerjaya seni dan juga kehidupan peribadinya.
Namun di sebalik kecemerlangan karier, Yuna nampaknya kurang bernasib baik bab percintaan.
Yuna di samping pengacara Qi Razali, bekas kekasih  sebelum Julian.
Yuna di samping pengacara Qi Razali, bekas kekasih sebelum Julian.
Jika sebelum ini Yuna agak keberatan berkongsi kisah peribadinya lebih-lebih perihal cinta, namun akhirnya penyanyi berusia 28 tahun ini mendedahkan hubungan istimewa dengan jurukamera kacak, Julian Schratter telah pun berakhir.
Tanpa selindung Yuna menyifatkan kesibukan dalam bidang nyanyian menjadi penyebab utama kepada kegagalan hubungan tersebut.
“Saya solo sekarang. Saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki sebab saya rasa ia susah kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja.
“Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Tambahan saya mempunyai kehidupan di LA dan juga di Malaysia.
“Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang boleh menerima dan betul-betul memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai,” katanya, memetik laporan Malaysian Digest.


Lelaki Mati Dibakar Hidup-Hidup Dalam Oven Syarikat

CHESIRE – Seorang lelaki mati terbakar hidup-hidup selepas terperangkap dalam bilik oven yang digunakan oleh syarikatnya untuk membakar plastik pada suhu 280 darjah selsius.

Lelaki itu, Alan Catterall, 54, meninggal dunia dalam keadaan tragis apabila dia tidak dapat keluar dari bilik oven itu apabila rakan sekerjanya yang juga bakal menantunya, Mark Francis secara tidak sengaja mengunci pintu bilik pemanas berkenaan dari luar.
Francis tidak menyedari bahawa Catterall berada dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, Catterall sedang membaiki kerosakan di situ.
Meskipun dia menjerit meminta tolong namun tiada seorang pun yang mendengar jeritannya disebabkan bunyi bising di persekitaran berkenaan.
Kejadian itu hanya disedari oleh rakan sekerjanya selepas asap mula kelihatan dari dalam bilik pemanas berkenaan.
Oven industri berkenaan digunakan oleh syarikat termpat Catterall untuk membuat kayak.
Catterall meninggal dunia akibat melecur dalam insiden yang berlaku pada 23 Disember 2010.
Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan yang diadakan ke atas syarikat di mana Catterall bertugas, syarikat Pyranha di Mahkamah Liverpool atas tuduhan menyebabkan kematiannya.
Turut didakwa ialah pengarah-pengarah syarikat berkenaan serta juruteranya.
Catterall membesar di Liverpool dan menyertai syarikat Pyranha pada 1997. Dia kemudiannya dilantik sebagai ketua pasukan di syarikat yang mempunyai 90 hingga 100 pekerja .
Isterinya, Pearl dan anak perempuannya turut bekerja di kilang berkenaan.

Perform

video


" });

Feature

Cat-5

Cat-6